Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Adira bersengkang mata demi Anggrek

ADIRA bersama suami dan anaknya, Anggrek. – Foto Nurul Shafina Jemenon

KUALA LUMPUR : Penyanyi yang baharu menimang cahaya mata, Adira, memaklumkan waktu tidurnya berubah `360 darjah’ sejak kelahiran si kecil, Anggrek, dua bulan lalu.

Pemilik nama penuh Siti Adira Suhaimi, 25, itu berkata, beliau tidak terbeban mengikuti rutin tidur bayinya yang kerap terjaga tengah malam disebabkan sudah berpengalaman menjaga anak buah.

“Anggrek sukar tidur semula selepas terbangun tengah malam dan kemudian berjaga hingga Subuh. Walaupun melayani telatahnya, saya enggan membiasakan Anggrek dengan rutin sebegitu kerana ia tidak baik untuk kesihatan bayi.

“Pada masa sama, keadaan ini turut membuatkan saya bersengkang mata disebabkan lebih selesa melayani Anggrek sendiri biarpun mempunyai pembantu rumah.

“Selama ini pun saya sudah biasa menjaga bayi kerana mempunyai ramai anak buah.

Jadi tidaklah kekok apabila tiba masa menguruskan anak sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis aqiqah dan cukur jambul di Kelab Golf Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor, Sabtu lalu.

Pelantun lagu Hilang itu kelihatan anggun mengenakan rona sedondon bersama suaminya, Datuk Seri Adnan Abu dan puteri mereka, menggayakan persalinan daripada Ezuwan Ismail.

“Sudah lama sebenarnya saya menyimpan hasrat mengenakan busana ungu ini. Akhirnya hajat ini dapat direalisasikan pada majlis istimewa Anggrek.

Persalinan ini direka mengikut kesesuaian dan keselesaan kami selepas berbincang dengan Ezuwan,” katanya.

Majlis aqiqah bayi comel yang dilahirkan pada 10 Mac lalu itu diserikan dengan kehadiran sahabat, keluarga dan pihak media serta anak yatim. – BH ONLINE

MAJLIS aqiqah dan cukur jambul Anggrek di Kelab Golf Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor, Sabtu lalu. – Foto Nurul Shafina Jemenon

 

ADIRA tidak terbeban mengikuti rutin tidur bayinya yang kerap terjaga tengah malam berikutan pengalamannya menjaga anak buah. – Foto Nurul Shafina Jemenon

Komen


Berita Berkaitan