Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,177

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Adira bersalin, berpantang di Sabah

12:46pm 03/11/2016 Pak Roshan 2544 views Hiburan,Mutakhir
NAIB juara program Akademi Fantasia musim kelapan itu berhasrat untuk bersalin di kampung halamannya di Kundasang, Sabah.

NAIB juara program Akademi Fantasia musim kelapan itu berhasrat untuk bersalin di kampung halamannya di Kundasang, Sabah.

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Adira Suhaimi yang kini hamil lima bulan, berhasrat untuk melahirkan cahaya mata pertama dan berpantang di kampungnya di Kundasang, Sabah.

Beliau yang dijangka bersalin Mac tahun depan memaklumkan keadaan kesihatan ibunya tidak menentu, sekali gus menjadi faktor kurang mengizinkan bagi insan tersayangnya itu ‘terbang’ ke Kuala Lumpur bagi menemaninya sepanjang menjalani proses berpantang.

“Mengikut perancangan, saya berhasrat untuk bersalin dan berpantang di kampung kerana ibu kurang sihat. Biasalah sakit tua, keadaan kesihatan ibu perlukan pemantauan.

“Walaupun ibu sekadar menjadi peneman, nasihat dan petuanya masih saya perlukan. Pada masa sama apabila di kampung tidaklah nanti saya risau akan kesihatannya disebabkan ibu ada di depan mata.

“Namun semuanya masih berada dalam perbincangan dengan suami. Ada lagi empat bulan untuk dipertimbangkan. Jika tiada aral melintang, saya berharap segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, saya tidak mengalami alahan teruk cuma kerap lapar pada waktu malam. Malah, saya juga lebih menggemari makanan yang dimasak di rumah berbanding ke restoran,” katanya pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi, 25, itu.

Pelantun lagu Ombak Rindu itu juga menyatakan masih lagi menerima undangan persembahan pentas hingga kandungannya berusia tujuh bulan iaitu pada Januari tahun hadapan.

PENYANYI kelahiran Sabah, Adira Suhaimi dijangka bersalin pada Mac tahun depan.

Adira yang juga naib juara program Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Sri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

yang-transformed_1

PENYANYI kelahiran Sabah, Adira Suhaimi dijangka bersalin pada Mac tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Adira memberikan fokus untuk mempromosikan single terbaharunya berjudul Ku Mahu Pulang yang juga lagu tema untuk telefilem Inayah. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan