Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Adik tetak abang sampai mati

maut di tetak

KOTA BELUD: Akibat mabuk, seorang adik tergamak menetak abangnya dengan parang sehingga maut dalam kejadian di Kampung Tiong Kamburoan, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa, Lojimin Makking, 35, maut selepas mengalami pendarahan teruk akibat cedera di beberapa anggota badan termasuk tangan kanan yang hampir putus.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama suspek yang berusia 29 tahun bersama-sama minum minuman keras sehingga mabuk, sebelum pulang ke rumah mereka.

Sumber berkata, sebaik tiba di rumah, suspek ke dapur untuk minum, disusuli mangsa dari arah belakang.

Bagaimanapun, katanya, mangsa tiba-tiba memarahi suspek termasuk menendang pintu dan kerusi, selain cuba memukul suspek tanpa diketahui puncanya.

“Suspek yang mengelak daripada terkena pukulan sebelum ternampak parang dan mengambilnya.

“Suspek menetak mangsa di bahagian belakang badan dan tangan kanan sebelum mangsa meninggal dunia akibat pendarahan teruk dan tangan kanannya hampir putus,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian hanya dua beradik itu berada di dalam rumah. Katanya, suspek yang panik berlari keluar dari rumah bagi mendapatkan bantuan jiran sebelum ahli keluarganya pulang ke rumah.

 

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Belud Asisten Superintendan Hassan Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa pada jam 4 pagi semalam, iaitu selepas hampir tujuh jam insiden berlaku.

Katanya, ahli keluarga mangsa dipercayai panik sehingga lewat membuat laporan polis.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui mayat seorang lelaki di ruang tamu rumah itu selepas dialihkan dari dapur oleh ahli keluarga yang lain.

“Polis turut menahan suspek yang juga adik lelaki kepada mangsa di rumah itu. Mayat mangsa di dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk dibedah siasat,” katanya.

Hassan berkata, suspek akan direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan