Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Adik Mendiang Kevin Morais Perlu Bantu PDRM, Jangan Sembunyi Maklumat – KPN

The Late Anthony Morais
The Late Anthony Morais

KUALA LUMPUR – Adik mendiang Anthony Kevin Morais perlu‎ tampil membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes pembunuhan abangnya atau berdepan tindakan kerana menyembunyikan maklumat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata PDRM akan memanggil Charles Suresh Morais berhubung satu laporan bahawa beliau mempunyai maklumat tertentu berkaitan kes pembunuhan mendiang abangnya itu.

“Tindakannya tidak mendedahkan maklumat boleh dianggap satu kesalahan kerana menyembunyikan maklumat. Jika dia (Charles Suresh) benar memiliki maklumat berkenaan, ia seharusnya diserahkan kepada PDRM untuk membantu siasatan.

“Saya cadangkan dia berkongsi maklumat dengan polis supaya tindakan dapat diambil. Polis tidak boleh bertindak jika tidak mempunyai maklumat mengenai mendiang Kevin,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Khalid mengulas laporan sebuah portal berita tempatan hari ini bahawa maklumat tertentu disimpan di dalam pemacu USB dan kini berada di Amerika
Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu tidak diingini berlaku.

Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept lepas, dan sebelum itu Morais dilaporkan hilang pada 4 September lepas.

Morais kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini, untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan