Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Adik maut ditembak abang sendiri

Ginsok yang dipercayai digunakan oleh suspek menembak adiknya. - foto Kalawon Sawing
Ginsok yang dipercayai digunakan oleh suspek menembak adiknya. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Pertengkaran dua beradik di luar rumah mereka di Kampung Sukon, Tambunan, dekat sini, semalam, berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa salah seorang daripada mereka apabila ditembak sebanyak lima kali menggunakan senapang buatan sendiri iaitu `Ginsuk’.

Dalam kejadian itu, mangsa yang juga seorang petani dikenali sebagai Ronnie Linus, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan mengalami luka pada bahagian atas perut dan satu kesan tembakan menembusi badannya dipercayai ditembak dari jarak dekat oleh abangnya.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Douglas Taong berkata, kejadian tersebut berlaku awal pagi Ahad, selepas suspek dilaporkan kembali daripada menghadiri majlis perkahwinan Kampung Timbou, Tambunan.

Menurut Douglas, polis menerima maklumat orang awam mengatakan terdapat orang terkena tembakan dan terbaring di luar rumah di kampung tersebut kira-kira pukul 3.19 pagi pada hari kejadian itu.

Katanya, bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Keningau yang diketuai oleh beliau sendiri dan Ketua  Bahagian JSJ Asisten Superitendan Lee Nyuk Kim, bergegas di tempat kejadian dan mendapati satu mayat lelaki terlentang dan berlumuran darah yang hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju di hadapan rumah di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati mangsa, seorang petani dan belum berkahwin beralamat di Kampung Sukong, Tambunan tinggal bersama keluarganya iaitu ibu bapa, seorang abang sulung (suspek) yang berumur 44 tahun dan anak buah berumur tiga tahun,” katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan IPD Keningau, di sini hari ini.

Douglas berkata, suspek dipercayai melarikan diri ke dalam hutan di kampung itu dengan membawa senjata yang digunakan untuk menembak mangsa, berjaya ditangkap dalam tempoh 27 jam selepas kejadian.

“Semasa disoal siasat, suspek telah mendedahkan dan menunjukkan tempat senjata yang dipercayai digunakan olehnya yang disembunyikan di hutan dekat pokok bambu  dalam kawasan lereng bukit di jalan Kampung Sukong kira-kira 300 meter dari tempat kejadian,” ujarnya.

Beliau berkata, suspek akan direman esok untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan