Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Adik Maut Di Tangan Abang Hanya Kerana Rokok

9:30am 24/11/2015 Pak Roshan 550 views Mutakhir,Nasional
merokok

gambar hiasan

MIRI – Seorang pemuda maut di tangan abangnya hanya kerana mendesak meminta sebatang rokok.

Kejadian berlaku di rumah flat di Permyjaya Tudan di sini pukul 5 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata, mangsa dikenali sebagai Frankie Nyegiang Ramlie, 22, ditegur oleh abangnya, 25, kerana sering meminta rokok daripadanya.

“Mangsa naik marah bila ditegur dan terus mengambil parang manakala suspek bertindak balas dengan mengambil pisau sayur,” katanya hari ini.

Stanley berkata, berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa menyebabkan mangsa mengalami kesan tikaman di bahagian dada sebelah kanan dan kesan kelar di pergelangan tangan sebelah kiri.

Beliau berkata, sewaktu pergelutan berlaku tiga individu yang berada di tempat kejadian cuba untuk meleraikan mereka tetapi gagal dan ia berakhir dengan mangsa berada dalam keadaan lemah.

“Suspek dan sepupunya telah menghantar mangsa ke Hospital Miri pada pukul 9 malam untuk mendapatkan rawatan, namun mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian berlaku mangsa serta suspek dipercayai mabuk ekoran sesi minuman keras bersama rakan dan sepupu.

Beliau berkata, empat lelaki termasuk abang mangsa, kesemuanya bekerja buruh kasar, berumur 24 hingga 33 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, sebilah pisau pemotong sayur dan parang panjang turut dirampas polis.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dan membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan