Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,726

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Adik beradik jadi teladan untuk berjaya 

4:07pm 15/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 9 views Pendidikan
DAYANG (tengah) bersama rakan-rakannya menunggu untuk menerima sijil graduasi.

DAYANG (tengah) bersama rakan-rakannya menunggu untuk menerima sijil graduasi.

KOTA KINABALU – Salah seorang daripada 13 penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Tadika Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) menjadikan adik – beradiknya sebagai inspirasi dalam pelajaran.
 
Dayang Nurallesya Qazrina Ag Salleh, 6, anak ketiga daripada empat orang adik beradik mahu mengikuti jejak kakak dan abangnya yang selalu mendapat keputusan peperiksaan yang memberansangkan.
 
Beliau yang bersekolah di Tadika JHEAINS Benoni merupakan seorang yang disenangi oleh ibu bapa dan guru-gurunya serta mempunyai cita-cita besar iaitu menjadi seorang doktor bedah.
 
Selain itu, minat dan bakat beliau dalam membaca puisi digilap pihak sekolah sehingga menjuarai Pertandingan Kemerdekaan Bahagian Pantai Barat, baru-baru ini.
 
Menurut ibunya, Dg. Halimah Ag Jali, 42, bekerja sebagai seorang cikgu sekolah rendah berkata, Dayang sebenarnya lebih menonjol daripada adik beradiknya yang lain walaupun mempunyai sifat pemalu di dalam dirinya.
 
“Esya di rumah agak pendiam dan enggan memperlihatkan bakatnya di hadapan kakak dan abangnya apabila diminta mendeklamasikan puisi.
 
“Tetapi, di khalayak ramai, dia mampu pula menyampaikan puisi dengan begitu baik,” ujarnya ketika ditemui media pada Majlis Graduasi Tadika JHEAINS Peringkat Negeri bagi tahun 2016.
 
Tambahnya lagi, Dayang juga dikenali sebagai seorang ‘ulat buku’ iaitu rajin membaca buku di sekolah mahupun di rumah.
 
Perasmian majlis graduasi tersebut berlangsung di Dewan Sa’adah Wisma MUIS dan disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Ariffin Haji Mohd. Arif.
 
Sebanyak 13 buah tadika terlibat pada majlis tersebut dan melibatkan seramai 387 graduan Tadika JHEAINS dari seluruh negeri. PENERANGAN
Ariffin (belakang, dua dari kiri) bergambar kenangan bersama sebahagian graduan Tadika JHEAINS.

Ariffin (belakang, dua dari kiri) bergambar kenangan bersama sebahagian graduan Tadika JHEAINS.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan