Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Adik beradik berbeza agama damai sebumbung

sharin low family

KUALA LUMPUR: Dia penganut Islam, adik lelakinya paderi Kristian manakala dua lagi kakaknya pengikut Buddha dan ateis, tapi situasi itu tidak menghalang keluarga ini hidup harmoni walaupun masing-masing mempunyai kepercayaan berlainan.

Itu istimewanya kehidupan ahli perniagaan terkenal yang juga pengasas restoran makanan Cina Muslim, Restoran Haji Sharin Low, Sharin Low Abdullah, 68, sejak memeluk Islam 47 tahun lalu malah rezekinya melimpah ruah daripada hanya seorang pekerja kilang.

“Tidak wujud jurang persengketaan, malah ukhuwah kami empat beradik yang merangkumi pelbagai latar belakang agama tetap erat sehingga kini.

“Lebih manis apabila sambutan Aidilfitri turut diraikan bersama tiga adik beradik saya di mana yang bongsu adalah seorang paderi, kakak sulung penganut Buddha manakala kakak kedua pula ateis,” katanya ketika ditemui wartawan Metro Ahad di sini.

Beliau berkata, bagi Aidilfitri kali ini, dia beraya bersama isteri dan anak di Mantin, Negeri Sembilan selain menziarah keluarga angkat di Kuala Klawang.

Komen


Berita Berkaitan