Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Adik Bekas Menteri Persekutuan Ditahan SPRM

KOTA KINABALU – Adik kepada bekas menteri persekutan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah yang dianggarkan lebih RM1.5 bilion antara tahun 2009 hingga 2015.

Menurut sumber, lelaki berumur 52 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sabah kira-kira 10.30 malam ini ketika hadir di pejabat agensi itu untuk memberi keterangan berhubung penyelewengan dana berkenaan.

Terdahulu, SPRM menggeledah rumah adik bekas menteri persekutuan itu di Putatan dekat sini bermula 2.30 petang hingga 6 petang tadi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Dengan penahanan terbaru itu, jumlah individu yang ditahan SPRM untuk membantu siasatan isu itu ialah seramai tujuh orang.

Enam daripada tujuh individu berkenaan ditahan di Sabah manakala seorang lagi ditahan di Putrajaya.

Empat individu yang ditangkap di Sabah adalah pemimpin parti politik manakala seorang lagi ahli perniagaan yang kini sedang ditahan reman.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan