Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Adiguru pandai besi

KOTA BELUD 07 November 2015. (WAJAH KEHIDUPAN HM - KKM312U). Pembuat parang, Jamawid Soh, 46, di Kampung Siasai Jaya, Kota Belud, menunjuk beberapa bilah parang bersarung antara parang yang telah disiap sepenuhnya untuk dijual. NSTP/Izhari Ariffin.
KOTA BELUD 07 November 2015. (WAJAH KEHIDUPAN HM – KKM312U). Pembuat parang, Jamawid Soh, 46, di Kampung Siasai Jaya, Kota Belud, menunjuk beberapa bilah parang bersarung antara parang yang telah disiap sepenuhnya untuk dijual. NSTP/Izhari Ariffin.

Kota Belud: Industri pembuatan parang di negeri ini bukan saja sering mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pembeli atau penggemar seni pembuatan parang, tetapi turut mendapat pengiktirafan pengumpul barangan itu.

Bagi Jamawid Soh, 46, pengiktirafan tertinggi dalam bidang pembuatan besi atau kemahiran dan kecemerlangan yang dimiliki membantu pembuat parang memasarkan produk mereka dengan lebih meluas.

“Saya berkecimpung dalam pembuatan parang sejak 33 tahun lalu dan pernah mendapat pengiktirafan tertinggi sebagai Adiguru bagi kategori Kraf Pandai Besi dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM).

“Saya turut menjadi wakil pengusaha kraf Parang Bajau Samah ketika menghadiri persidangan atau mesyuarat berkaitan pembangunan produk parang tempatan,” katanya.

Jamawid berkata, dia tidak menyangka minat mendalam terhadap penghasilan parang mampu memberi rezeki lumayan.- myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan