Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Adib Ajwad Ramlie diiktiraf sebagai penerima Anugerah Penternak Ikan Jaya

8:40am 11/09/2016 Leolerry Lajius 64 views Kota Kinabalu,Tempatan
Adib bersama hasil tangkapan di kolam ikannya.

Adib bersama hasil tangkapan di kolam ikannya.

PUTATAN: Tidak menyangka diiktiraf sebagai penerima Anugerah Penternak Ikan Jaya, Adib Ajwad Ramlie, 25, anak jati Ranau ini menyifatkan penganugerahan itu sebagai pengiktirafan paling tinggi buat diri dan keluarganya.

Mengusahakan penternakan ikan air tawar, Adib mengusahakan perniagaan yang diwarisi daripada bapanya.

“Membesar sebagai anak penternak ikan sejak kecil memberi satu kelebihan kerana saya dapat belajar melalui pengalaman bersama bapa.

“Setelah tamat Tingkatan 6, saya mengambil keputusan untuk terus berkerja dan membantu bapa mengusahakan kolam ikan kami.

“Sehingga kini, kami mempunyai 40 kolam ikan air tawar dengan pelbagai spesis antaranya Keli, Talipa, Kaloi, Koi dan Kelisa yang membolehkan saya meraih purata pendapatan sehingga RM300 ribu setahun.

Antara ikan-ikan yang diternak oleh Adib di Lembah Ikan Ranau.

Antara ikan-ikan yang diternak oleh Adib di Lembah Ikan Ranau.

Menurut Adib, pelanggannya merupakan penduduk setempat, restoren dan kolam-kolam ikan di seluruh Sabah.

Sehingga kini, dia mendapat sokongan keluarga untuk  menguruskan perniagaannya dan mendapat sokongan daripada Jabatan Perikanan.

Lebih menarik, pemilik Lembah Ikan Ranau ini turut menghasilkan baja ikannya sendiri.

“Baja atau makanan ikan ini kami hasilkan sendiri daripada kulit padi dan ikan bilis yang dikisar.

“Kulit padi kami perolehi daripada Kota Belud manakala ikan bilis kami perolehi dari Tawau.

“Penghasilan baja ikan ini dapat membantu mengurangkan kos mengurus kolam.

“Bagaimanapun, setakat ini kami tidak memasarkan baja ikan, ia hanya untuk kegunaan kolam sendiri,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah dan ‘Road To MAHA’ 2016 di Dewan Sri Putatan, pada Sabtu.

Ditanya mengenai rintangan yang dihadapi, Adib tersenyum sambil menyatakan bahawa tiada masalah besar melainkan kes kecurian oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga memaksa dirinya tidur di kawasan kolam bagi menjaga kolam berkenaan.

Bercerita mengenai perancangan masa depan, Adib berhasrat membuka ladang kelapa sawit dengan kapisiti besar yang diselang seli dengan tanaman lain serta membuka chalet di kawasan kolamnya

Selain dari menternak ikan, Adib turut memelihara kambing, lembu, itik di samping mengusahakan ladang durian./PENERANGAN

Adib bersama keluarga ketika menukar net ikan di kolam ikan beliau.

Adib bersama keluarga ketika menukar net ikan di kolam ikan beliau.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan