Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Adenan: Saya Setia Kepada Najib Sebagai PM, Pengerusi BN

Tan Sri Adenan Satem
Tan Sri Adenan Satem

KUCHING : Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata beliau setia kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Katanya, oleh kerana Najib tidak pernah dibuktikan melakukan sebarang kesalahan, maka tiada sebab untuk beliau tidak setia kepadanya.

Ketika menggulung perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan (2016) di persidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini, Adenan berkata: “Beliau adalah Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional… Saya perlu setia kepadanya. Sekiranya beliau disabitkan kesalahan (kerana melakukan perbuatan salah), maka ketika itu saya akan menimbang semula kesetiaan saya kepadanya.”

Beliau berkata perdana menteri tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah dan beliau tidak patut dianggap bersalah hanya berdasarkan tuduhan semata-mata.

Ucapan Adenan diganggu beberapa anggota daripada pembangkang, termasuk Yap Hoi Liong (DAP-Dudong), yang mempersoalkan sokongannya terhadap Najib, yang menurut anggota itu, dikaitkan dengan kontroversi membabitkan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Adenan menegaskan sekali lagi bahawa Najib tidak pernah dibuktikan melakukan sebarang kesalahan, walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan terhadapnya oleh pembangkang.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan