Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,998

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Adenan Pemimpin Berpandangan Jauh – Musa Aman

Musa Aman (kiri) dan Adenan Satem menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Ketua Menteri Sarawak Pada Mei 2015. – foto Ille Tugimin ( Foto Arkib SayangSabah )

KOTA KINABALU – Malaysia kehilangan seorang tokoh dan pemimpin yang berpandangan jauh, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, mengenai Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, yang kembali ke Rahmatullah hari ini.

Beliau berkata Allahyarham Adenan merupakan pemimpin yang memahami sentimen rakyat.

“Saya bukan sahaja kehilangan rakan perjuangan, tetapi juga seorang kawan rapat.

“Baik pihak kerajaan negeri dan penduduk Sabah, saya ingin merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga serta penduduk Sarawak atas kehilangan ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Allahyarham Adenan, 72, meninggal dunia pada 1.20 tengah hari di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan, Kuching. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan