Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,424

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Adenan Berjiwa Rakyat, Kata Abdullah Saidol

7:16pm 11/01/2017 Pak Roshan 129 views Mutakhir,Nasional

KUCHING : Sarawak kehilangan seorang pemimpin yang di jiwanya melambangkan seorang anak Sarawak yang tulen dan dihatinya sentiasa memikirkan usaha mensejahterakan rakyat terutama sekali warga pendalaman, kata Abdullah Saidol, ketua setiausaha politik kepada ketua menteri Sarawak.

Abdullah merujuk kepada Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia tengah hari ini.

“Beliau telah menunjukkan satu nilai serta budaya kepimpinan yang disenangi dan dikagumi sama ada di peringkat negeri mahupun negara.

“Malah pemimpin pembangkang juga menyifatkan beliau sebagai Ketua Menteri yang benar-benar berjiwa rakyat,” kata Abdullah.

Menurutnya, sebagai ketua setiausaha politik Adenan, beliau sedih kerana kehilangan seorang ketua yang tegas, berani dan benar-benar ikhlas ingin melakukan yang terbaik untuk negeri Sarawak.

“Sifat kebapaan menjadikan beliau sangat dihormati di kalangan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dan setiausaha-setiausaha politik,” kata Abdullah.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda