Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Adenan Alu-Alu Program Kerajaan Pusat Di Sarawak

9:36am 12/03/2016 Pak Roshan 17 views Mutakhir,Nasional
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menerima replika cek bernilai RM300,000 untuk Tabung Bencana Banjir Sarawak daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang disampaikan oleh Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menerima replika cek bernilai RM300,000 untuk Tabung Bencana Banjir Sarawak daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang disampaikan oleh Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia hari ini. – Foto BERNAMA

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini berterima kasih kepada kerajaan pusat, khususnya menteri-menteri, yang mengambil berat tentang negeri ini melalui pelaksanaan pelbagai program untuk rakyat.

Sikap “ambil peduli” mereka amat dialu-alukan oleh kerajaan negeri dan rakyat Sarawak, katanya.

Adenan berkata demikian ketika berucap melancarkan serentak Program Kembara [email protected] dan Program Kembara Kabjikan 1Malaysia anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Kompleks Sukan Lundu di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah menteri KPWKM Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Adenan berkata pembangunan sudah datang kepada rakyat negeri ini dan beliau memberi jaminan bahawa ia akan berterusan.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya rakyat negeri ini memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang.

Menyentuh soal kebajikan rakyat, Adenan mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk golongan kaya supaya mereka membantu rakyat yang memerlukan.

Katanya kerajaan negeri amat bebesar hati dengan keprihatinan KPWKM menyediakan kemudahan dan bantuan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Sarawak dengan penubuhan Pusat Dalam Komuniti (PDK) baharu di Satok dan Kuching.

Mengenai pembangunan di daerah Lundu dan Sematan, beliau berkata terdapat tiga projek utama yang sedang dan akan dilaksanakan, iaitu Lebuh Raya Pan Borneo yang menelan belanja RM16 bilion membabitkan pembinaan dari Lundu hingga ke Lawas, Projek Tebingan Lundu dan Projek Tebingan Sematan.

Katanya daerah Lundu dan Sematan terutama Tanjung Datu merupakan tempat yang sangat indah dan menarik dan sewajarnya dimajukan dengan pelbagai kemudahan untuk menarik kehadiran pelancong.

Beliau juga menggesa supaya kontraktor projek Lebuh Raya Pan Borneo mengutamakan pengambilan pekerja dalam kalangan orang tempatan. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan