Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Adenan adalah pemimpin terbaik rakyat Sarawak

8:09pm 03/05/2016 Leolerry Lajius 29 views Tempatan
Maximus bersama penduduk di rumah panjang Uma Juman.

Maximus bersama penduduk di rumah panjang Uma Juman.

BINTULU: Sarawak telah berkembang dengan pesat di bawah pentadbiran Tan Sri Adenan Satem, selepas  mengambil tampuk pentadbiran sebagai Ketua Menteri dua tahun yang lalu.

Sambil menyifatkan Adenan sebagai pemikir strategik dan ahli politik yang serba boleh, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili juga berkata ketua menteri itu sentiasa ikhlas dalam apa sahaja yang dia lakukan untuk Sarawak.

Maximus, yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah, berkata kepimpinan Adenan telah menjadi sumber inspirasi pemimpin-pemimpin di Sabah.

Sejak beliau dilantik pada 28 Februari 2014, Adenan telah melaksanakan hampir  50 inisiatif dan tindakan penting, menjadikan beliau seorang pemimpin yang dihormati, terutamanya dalam menyelesaikan masalah dan isu-isu yang dihadapi oleh kerajaan.

Antara pencapaian beliau adalah,  memansuhkan tol, mengurangkan kadar elektrik, menangani pembalakan haram, memperkenalkan semula bilingualisme Melayu-Inggeris dalam pentadbiran Sarawak dan mengukuhkan pakatan  Perjanjian Malaysia 1963 dalam mendapatkan semula autonomi penuh di negeri ini melalui rundingan yang berstruktur.

“Dia pernah memberitahu saya bahawa dia tidak mempunyai agenda lain selain  melihat Sarawak membangun dan beliau juga  merupakan seorang pemimpin yang lantang  mempertahankan hak Sarawak serta  berhak untuk diberi sokongan penuh dan diberi mandat untuk terus mentadbir Sarawak,”katanya./SayangSabah

Maximus (tengah) bersama penduduk di rumah panjang Uma Daro.

Maximus (tengah) bersama penduduk di rumah panjang Uma Daro.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan