Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Adat “makan besar keluarga”

Ahli keluarga berkumpul sempena makan besar keluarga. Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah
Ahli keluarga berkumpul sempena makan besar keluarga. Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah

BAGI masyarakat Cina, Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam setiap sudut aspek kehidupan.

Disamping itu, makan besar adalah amalan utama masyarakat Cina sebelum hari tahun baru bermula dimana sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul bersama ahli keluarga yang lain.

Ahli keluarga wanita dalam keluarga Chong Tiam. Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah
Ahli keluarga wanita dalam keluarga Chong Tiam. Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah

Jurukamera SayangSabah, Jimmy Tan berkata adat dan tradisi makan besar keluarga merupakan adat turun temurun keluarga mereka untuk berkumpul bersama ahli keluarga.

“Walaupun ada beberapa ahli keluarga yang masuk agama lain seperti Kristian namun adat makan malam keluarga tetap menjadi tradisi kami”, katanya

Remaja dan kanak-kanak dalam keluarga Chong Tiam. Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah
Remaja dan kanak-kanak dalam keluarga Chong Tiam. Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah

Tambah beliau, walaupun keadaan ekonomi yang tidak begitu baik, mereka tetap berkumpul bersama ahli keluarga untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama mereka.

“kami masing-masing membawa lauk sendiri (potluck) dan berkongsi dengan ahli keluarga yang lain”, ujarnya.

Sehubungan itu, warga kerja SayangSabah mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2016 kepada semua masyarakat Cina di Sabah. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Ahli keluarga lelaki dalam keluarga Chong Tiam. Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah
Ahli keluarga lelaki dalam keluarga Chong Tiam. Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan