Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Adam AF2 Gembira Ada Lelaki Boleh Jaga Bekas Isteri

 

BEKAS peserta Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Adam mengakui berasa gembira apabila mendapat tahu bekas isterinya, Fiza Abdul Halim atau Fiza Elite bertemu jodoh dengan seorang juruterbang akhir tahun lalu.

Kata Adam, dia berharap suami baru Fiza, Aizat Al-Jefri dapat melindungi dan menyayangi bekas isterinya itu dengan sepenuh hati.

“Sebenarnya selepas sahaja kami berpisah saya memang tidak henti-henti mendoakan kebahagiaannya.

“Apabila saya dapat tahu dia sudah berkahwin terus-terang saya rasa amat bersyukur dengan berita itu kerana akhirnya ada juga orang yang boleh menjaganya.

“Saya berpeluang berkenalan dengan suaminya baru-baru ini selepas kami terserempak di kedai makan yang sama dan Fiza memperkenalkan saya dengannya.

“Saya lihat suaminya seorang yang baik dan saya yakin Aizat dapat menjaganya dengan baik,” katanya kepada Astro Gempak.

Sementara itu, Adam memberitahu hubungannya dengan Fiza baik dan tidak pernah membenci bekas isterinya itu.

“Alhamdulilah hubungan kami sangat baik dan tiada apa-apa masalah.

“Dia merupakan wanita yang pernah menjadi isteri saya dan tak mungkin saya mahu membencinya.

“Saya sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja untuknya,” katanya lagi.

Adam dan Fiza berkahwin pada September 2013 dan bercerai sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2014 dan 2015.

Beginilah bagus kan; walaupun sudah tiada hubungan sah lagi tetapi silaturrahim masih tetap dikekalkan, bahkan saling mendoakan kebahagiaan satu sama lain! – mynewshub

Komen


Berita Berkaitan