Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Adam AF belum bertemu pengganti

6:43pm 31/10/2016 Pak Roshan 2211 views Hiburan
ADAM mengaku belum bertemu pengganti selepas berpisah dengan bekas isteri, Fiza tahun lalu.

ADAM mengaku belum bertemu pengganti selepas berpisah dengan bekas isteri, Fiza tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Adam, 32, mengaku beliau belum bertemu pengganti selepas berpisah dengan bekas isteri, Fiza Halim, 34, tahun lalu.

Begitupun, bekas bintang Akademi Fantasia musim kedua itu berkata, beliau tidak menolak andainya ditemukan dengan jodoh sekali lagi selepas ini.

“Jodoh itu kenalah dicari juga, cuma saya tidaklah terlalu berharap buat waktu ini. Jika ada jodoh lagi untuk saya, ia tidak ke mana. Hakikatnya, kalau hendak dibiarkan ia datang dengan sendiri, rasanya agak susah juga.

“Buat ketika ini pun saya agak sibuk dengan perniagaan. Namun pada masa sama, saya turut mengintai-intai juga calon yang sesuai untuk dijadikan isteri,” katanya sambil memaklumkan kehidupannya bertambah baik sejak akhir-akhir ini.

Ditanya mengenai hubungannya bersama bekas isteri, Adam memberitahu, sekalipun sudah tidak lagi bersama, beliau masih berhubung dengan Fiza.

“Kami berpisah pun secara baik. Jadi, tiada istilah berdendam atau sampai terputus ikatan silaturahim.

“Saya ada juga bertanya khabarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Setakat itu sajalah. Dalam masa yang sama, saya tidak putus mendoakan kebahagiaannya.

“Kali terakhir, saya dapat tahu dirinya sudah pun bertemu pengganti. Kalau betul perhubungan itu akan membawa mereka ke alam rumah tangga, saya sentiasa mendoakan kebahagiaannya. Saya juga harap beliau mendoakan perkara sama untuk saya,” kata Adam.

Saat bertemu dengannya baru-baru ini, berat badan penyanyi, pelakon dan usahawan sabun ini juga naik mendadak. Daripada 67 kilogram (kg) pada kebiasaannya, kini berat Adam mencecah 80 kg.

“Jangan salah sangka, berat badan saya ini bukannya ada kena-mengena dengan kebahagiaan bersama mana-mana wanita. Mungkin ia berpunca daripada rasa bahagia saya dengan kehidupan sekarang.

“Dulu saya kurus kerana aktif menari di studio. Ketika itu, hampir setiap hari saya ada kelas tarian. Kini, sejak sibuk dengan perniagaan, aktiviti seperti itu tidak lagi dapat dilakukan sekerap dulu.

“Rutin saya sekarang adalah memeriksa pesanan barang dan keperluan lain. Jadi, macam mana saya hendak aktif menari? Begitupun, saya memang berazam untuk menguruskan kembali badan saya ini. Maklumlah, ketika ini, hendak tunduk memakai kasut pun susah,” katanya sambil tertawa. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan