Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Adab Di Media Sosial

Gambar Hiasan

 

Media sosial telah menyediakan suatu ruang baharu kepada manusia untuk terus berhubung dengan cara yang mudah dan mengekalkan perhubungan.

Terdapat media sosial yang menyediakan ruang Chating seperti aplikasi Whatsaap, Telegram dan Facebook yang boleh menghubungkan pengguna aplikasi secara kumpulan atau individu.

Pengguna aplikasi tersebut boleh menggunakan ruang tersebut untuk berbual dan berkongsi maklumat dengan kenalan lain. Terdapat adab-adab dalam menggunakan media sosial seperti berikut;

#1 – Mengamalkan Amalan Memberi Salam

Disarankan pengguna aplikasi dalam media sosial mengamalkan amalan memberi salam terutama semasa hendak memulakan sesebuah perbualan.

Ada suatu kaedah fiqh yang menyatakan bahawa;

“Tulisan itu salah satu daripada lisan- tulisan sama sahaja dengan kata-kata yang keluar dari lisan (jika diniati)”

Kaedah ini adalah kaedah cabang yang dipecahkan daripada usul kaedah fiqh umum Al A’dah Muhakkamah.

Merujuk kepada kaedah cabang di atas, maka segala apa yang ditulis dalam bentuk tulisan sama ada dalam apa jua medium atau alat maka tulisan tersebut dihukum sama dengan kata-kata yang dikeluarkan daripada lisan.

Oleh yang demikian, di dalam hubungan dan komunikasi di media sosial kaedah ini juga terpakai.

Hukum menjawab salam yang diterima daripada seseorang melalui aplikasi sembang dalam media sosial “Assalamualaikum” atau “salam” adalah diwajibkan membalas ucapan tersebut dengan ucapan salam juga (Rujuk Islamweb.net/fatwa 51567).

Ini adalah berdasarkan umumnya firman Allah yang bermaksud;

“Apabila kamu diberikan ucapan selamat (salam), maka balaslah dengan lebih baik atau sama dengannya.” Surah An Nisa’:86

Contoh yang disebutkan di atas menunjukkan betapa perhubungan dan komunikasi dalam media sosial juga mestilah digarisi dengan panduan dan hukum-hakam yang telah digariskan di dalam Islam.

Sudah tentu ucapan salam sebegitu mencerminkan kesantunan penuturnya yang mempunyai adab dan seringkali mementingkan hubungan yang baik dan ramah dengan kenalan-kenalan walaupun berada di dalam ruang media sosial.

Rasullullah SAW pernah menyeru orang Madinah sebagaimana sabdanya yang bermaksud;

“Wahai manusia, sebarkanlah salam…”Riwayat Ahmad, Tarmizi dan Hakim

#2 – Memberikan Komentar Yang Baik

Berkomunikasi secara tulisan dalam media sosial bukan sahaja bertujuan menyampaikan maklumat tetapi juga berperanan sebagai medium pengungkapan idea dan perasaan kepada orang lain.

Dalam ruangan status Facebook, misalnya, tulisan dianggap mewakili penutur untuk menyampaikan perasaan, maklumat dan idea yang ingin diberitahu atau dikongsi dengan kenalan mereka.

Tulisan yang tertulis dalam ruang status akaun pengguna memberi bayangan dan persepsi yang berbeza daripada pengguna yang lain.

Hal yang demikian akan menyebabkan pengguna akan memberikan respon ke atas status yang dimuat naik dengan cara berkomentar di ruang komen.

Suatu perkara yang perlu diperhalusi adalah cara dan bagaimana seseorang memberi komentar atau bereaksi ke atas sesuatu status kenalan yang lain.

Sebagai seorang kenalan dan juga pengguna media sosial, seseorang mestilah memelihara hubungan yang baik dengan kenalan yang lain. Ini termasuklah menghormati apa sahaja status yang dimuat naik oleh pengguna lain.

Mark Zukernberg, pencipta facebook pernah mencadangkan butang dislike diadakan untuk menambahkan lagi pilihan reaksi ke atas status. Namun telah diganti dengan emotion ikon reaksi yang menggunakan simbol.

Apa yang dirisaukan adalah jika butang dislike/downthumb diwujudkan, ia akan menjadi punca kepada kerosakan dan kepincangan perhubungan terutama dengan kenalan di dalam media sosial.

Komen provokatif dan sarkastik perlulah dielakkan kerana ia boleh menyebabkan salah faham kepada kenalan yang memuat naik sesebuah status.

Dalam istilah media internet tindakan atau reaksi memberi komen dengan cara tersebut dikenali sebagai sebagai trolling.

Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai troller akan sentiasa memberikan komen negatif, memusingkan kenyataan status, berdebat tanpa fakta yang benar dan selalu mengeluarkan perkataan berbaur kecaman (Sarcastism) dalam status yang dipos pengguna lain.

Pendek kata, Islam sangat melarang tindakan seseorang yang menguris hati seseorang yang lain baik dari segi ucapan atau reaksi bahasa badan atau simbol walaupun secara dalam talian. Nabi Muhammad SAW bersabda;

“Muslim itu ialah yang memberi kesejahteraan kepada muslim yang lain dengan lidahnya dan tangannya” Riwayat Bukhari dan Muslim

(Sumber: Tazkirah.net oleh TIm Tazkirah)

Komen


Berita Berkaitan