Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ada Pihak Manipulasi Penduduk Kampung Untuk Jual Tanah, Kata Musa Aman

musa-aman

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menjelaskan ada pihak memanipulasi penduduk luar bandar supaya menjual tanah mereka kepada orang luar.

“Saya akan tangkap pengkhianat ini,” tegasnya.

Beliau berkata adalah salah sekiranya kerajaan negeri berterusan dituduh mempunyai kaitan dengan isu penjualan tanah oleh penduduk luar bandar.

“Itu bohong, saya tahu ada yang jadi ejen dan (memanipulasi dan) menjual tanah-tanah orang kampung ini, mereka pungut tandatangan kemudian jual beribu ekar tanah,” katanya dalam sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Rabu.

Ketua Menteri berkata demikian bagi menjawab kenyataan Datuk James Ratib (PKR-Sugut) mengenai tanah yang dijual kepada orang luar terutamanya di kawasan Sugut.

Musa berkata, kerajaan Sabah semasa di bawah pemerintahan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dan Parti Bersatu Sabah sebelum ini telah memberikan tanah kepada banyak penduduk luar bandar tetapi kemudian tanah itu dijual kepada pihak luar dan kerajaan disalah erti dalam hal berkenaan.

“Beratus ribu ekar diberi kepada orang kampung tetapi sebaik sahaja tanah itu diberikan, mereka jual kepada orang luar,” katanya.

Bagi mengawal penjualan tanah luar bandar daripada terus berleluasa, katanya kerajaan negeri telah mewujudkan geran komunal.

Beliau berkata geran komunal ini akan terus diberi kepada penduduk asal di luar bandar yang tidak memiliki tanah termasuk penduduk miskin tegar dan syarat dikenakan pada geran komunal itu mencegah mereka daripada menjual tanah itu.

Geran komunal diwujudkan sebagai usaha kerajaan membasmi kemiskinan serta menaik taraf hidup penduduk luar bandar.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan