Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Aceh tetap bantu pelarian Rohingya

GAMBAR fail, satu keluarga Rohingya yang tiba di Aceh beberapa bulan lalu.
GAMBAR fail, satu keluarga Rohingya yang tiba di Aceh beberapa bulan lalu.

Aceh: Pihak berkuasa Aceh Utara bersedia menampung kehadiran pelarian Rohinghya selama mungkin jika tidak ada negara ketiga mahu menerima mereka.

Ketika berucap pada majlis silaturahim dengan sukarelawan di Pusat Perlindungan Rohingya Blang Adoe di Kuta Makmur, ketua daerah wilayah itu H Muhammad Thaib berkata, menjadi kewajipan pemerintah membantu etnik dari Myanmar itu.

“Kita wajib membantu sesama manusia, lebih-lebih lagi yang berdepan dengan musibah tanpa melihat kepada etnik, agama atau bangsa,” kata Muhammad.

Dia berkata, sesiapapun yang tiba di Aceh Utara akan dibantu kerana penduduk Aceh pernah mengalami zaman kesusahan ketika konflik dan tsunami sebelum ini.

“Kesukaran yang dialami etnik Rohingya mungkin lebih dahsyat daripada yang dihadapi penduduk Aceh sebelum ini. Mereka ditindas di negara sendiri sehingga terpaksa meninggalkan tanah kelahiran mereka,” katanya.

Pihak berkuasa Aceh, katanya, sudah menyediakan kawasan seluas lima hektar untuk mendirikan bangunan 120 pondok yang boleh memuatkan 300 pelarian itu.

“Ia akan dilengkapi pelbagai kemudahan, termasuk bilik air dan bekalan air bersih, sekolah, surau serta sekolah agama,” kata Muhammad- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan