Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Acara karom sukan GEMAPUTERA pupuk semangat kesukanan

Datuk Isnin ketika melancarkan gimik perasmian acara tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin
Datuk Isnin ketika melancarkan gimik perasmian acara tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Pertandingan Karom sempena kejohanan sukan GEMAPUTERA kali ke-14 dipertandingkan bermula hari ini yang dirasmikan oleh Pengerusi Perkasa Trading Sdn. Bhd. Datuk Isnin Aliasnih.

Menurut Isnin, sempena kejohanan pada kali ini Perkasa Trading telah diberi mandat untuk mengelola salah satu acara yang dipertandingkan sempena  kejohanan ini dan akan memberikan komitmen sebaiknya bagi memastikan kelancaran pertandingan.

“Ini merupakan kali pertama Perkasa Trading diberi mandat untuk mengelola salah satu acara yang dipertandingkan  dan saya lihat semua peserta yang mengambil bahagian menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi,”katanya ketika ditemui media sempena perasmian pertandingan acara Karom, di sini, hari ini.

Penganjuran kejohanan itu akan berlangsung sehingga 28 Mac yang melibatkan tujuh acara sukan yang dipertandingkan dan SEDCO dipilih sekali lagi sebagai pengajur selepas menjadi penganjur kejohanan itu bagi edisi ke-9 pada tahun 2002.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Peserta acara karom yang mewakili pasukan dari Sabah.-Gambar Oleh Alex Mairin
Peserta acara karom yang mewakili pasukan dari Sabah.-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan