Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Acara bantah Valentine

bantah valentine
Gambar fail protes pelajar di Aceh, tahun lalu.

 

Jakarta: Majlis Ulama Indonesia (MUI) melancarkan acara bantahan tahunannya terhadap perayaan Hari Valentine dengan mengingatkan golongan muda bahawa sambutan itu mampu mengakibatkan seks rambang selain amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketua pergerakan wanita MUI Tuty Alawiyah mengeluarkan amaran keras bahawa terdapat coklat yang dibungkus dengan kondom selain produk lain yang bertujuan menggalakkan seks luar nikah.

“Banyak coklat perayaan Valentine dijual di pasar raya atau kedai runcit yang turut menyertakan kondom.

“Pemberian hadian boleh memberi kesan negatif apabila membawa kepada cumbuan atau perbuatan lain,” katanya.

Tuty yang pernah memegang jawatan menteri pergerakan wanita ketika pemerintahan Presiden B J Habibie berkata rakyat Indonesia lebih baik tidak menyambut Valentine kerana sekadar memperalatkan konsumerisme yang diimport ke Amerika Syarikat (AS).

Ia turut didakwa mengakibatkan tekanan kerana memaksa penyambutnya membuat pelbagai perancangan semata-mata mahu kelihatan romantik.

“Kenapa perlu tunggu sekali setahun?” soalnya.

Setiap tahun, sekolah di Indonesia melarang pelajar menyambut Valentine manakala organisasi berunsur Islam mengeluarkan pelbagai peringatan mengenai bahaya kelahiran bayi tidak sah taraf akibat sambutan itu. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan