Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

AC Mizal Saman Utusan, Tuntut Ganti Rugi RM25 Juta

7:39pm 08/08/2016 Pak Roshan 5838 views Hiburan,Mutakhir

ac-mizal

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pengacara Datuk Mizal Zaini atau dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid dan dua lagi memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Sdn Bhd dan tiga yang lain, menuntut ganti rugi RM25 juta.

AC Mizal yang juga Presiden Peace Yall Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan operasi saluran radio penyiaran internet swasta, memfailkan saman itu melalui Tetuan Shahrir & Co pada 30 Mac lepas.

Plaintif dalam saman itu ialah AC Mizal, 45, Emylia Rosnaida, 43, yang juga naib presiden syarikat itu, Rashidi Ishak, 43, ketua pegawai eksekutif syarikat itu dan Peace Yall Sdn Bhd.

Mereka menamakan wartawan hiburan Utusan Melayu, Syed Musaddad Syed Mahdi, bekas Pengarang Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussein, Ketua Pengarang Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defendan pertama hingga keempat.

Mengikut pernyataan tuntutan, kesemua plaintif mendakwa Syed Musaddad melalui sisipan Pancaindera yang diterbitkan bersama-sama dengan Mingguan Malaysia membuat andaian fitnah terhadap plaintif-plaintif di dalam artikel berjudul ‘Peace Yall FM Tak Bayar Gaji’.

Mereka mendakwa perkataan-perkataan dalam artikel itu menggambarkan kesemua plaintif merupakan majikan, presiden syarikat, ahli perniagaan, ahli masyarakat atau individu yang tidak bertanggungjawab, cuai, dan lalai terhadap pekerja mereka.

Kesemua plaintif mendakwa perkataan itu juga boleh menggambarkan mereka mempunyai reputasi kewangan atau perniagaan yang teruk dan tidak boleh dipercayai, sedang menanggung beban hutang atau kewangan yang teruk hingga tidak mampu untuk membayar gaji pekerja.

Mereka mendakwa reputasi dan nama baik mereka selaku ahli perniagaan dan penggiat bidang seni telah terjejas teruk.

Mereka menuntut ganti rugi am bagi memfitnah sebanyak RM15 juta dan ganti rugi teruk RM10 juta, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Peguam Ahmad Shahrir Baharuddin yang mewakili kesemua plaintif ketika ditemui pemberita selepas prosiding di dalam kamar Hakim Abu Bakar Jais hari ini, memaklumkan mahkamah menyarankan kedua-dua pihak supaya menyelesaikan kes saman fitnah itu melalui proses mediasi.

Katanya mahkamah menetapkan esok untuk pengurusan kes berkenaan. Turut hadir pada prosiding itu ialah peguam Ooi She Yi yang mewakili kesemua defendan. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan