Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Abu Sayyaf Terdesak Mahu Tunai

11:35am 18/04/2016 Pak Roshan 2538 views Isu Semasa,Mutakhir
GAMBAR empat rakyat Malaysia yang diculik lelaki bersenjata berhampiran Pulau Ligitan, Semporna, Sabah pada 1 April lalu, dimuat naik ke laman Facebook.

GAMBAR empat rakyat Malaysia yang diculik lelaki bersenjata berhampiran Pulau Ligitan, Semporna, Sabah pada 1 April lalu, dimuat naik ke laman Facebook.

KOTA KINABALU – Kumpulan lelaki bersenjata yang menyimpan empat rakyat Malaysia di kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo kelihatan terdesak untuk ‘menukar’ tawanan mereka itu bagi mendapatkan wang tunai.

Pandangan itu dinyatakan aktivis anti penculikan yang berpengkalan di Jolo, Prof Octavio Dinampo.

Katanya, gambar empat mangsa yang dimuat naik di Facebook adalah bertujuan untuk memberi tekanan kepada keluarga mereka.

Tambah beliau, pihak berkuasa Malaysia dilihat tidak lagi bersedia untuk mengambil pendekatan yang lembut untuk tawar menawar dengan pengganas itu.

“Ia dapat dilihat berdasarkan usaha kerajaan Malaysia untuk menghentikan semua perdagangan tukar barang antara Sabah dan selatan Filipina,” kata Prof Dinampo ketika dihubungi.

Katanya, penamatan perdagangan tukar barang telah menyebabkan kenaikan harga barangan asas seperti beras dan bahan api di wilayah Selatan Filipina iaitu Sulu.

Jolo dan Tawi Tawi berada di daerah itu.

Pada Khamis lalu, gambar empat rakyat Malaysia yang diculik dari sebuah kapal tunda di perairan Pulau Ligitan berhampiran Semporna telah dimuat naik di Facebook. –mStar Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan