Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,510

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Abu Sayyaf penggal tebusan warga Jerman

9:18am 28/02/2017 Pak Roshan 13533 views Global

SEDUTAN video menunjukkan seorang militan Abu Sayyaf memenggal kepala Kantner di satu lokasi rahsia di selatan Filipina. – Agensi

Manila: Militan Abu Sayyaf menyiarkan satu rakaman video yang memaparkan anggota kumpulan itu memenggal kepala tebusan warga Jerman, Jurgen Gustav Kantner yang diculik di selatan Filipina.

Video pendek yang disiarkan SITE Intelligence Group, yang memantau laman sesawang militan, adalah petunjuk pertama Abu Sayyaf melaksanakan ancaman untuk membunuh Kantner selepas tarikh akhir pembayaran wang tebusan tamat kelmarin.

Dalam video berkenaan Kantner dilihat duduk di atas rumput dan berkata, ”Kini mereka akan membunuh saya.”

Seorang anggota militan yang memakai topeng kemudian memenggal kepala Kantner dengan menggunakan pisau bengkok.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Jerman Martin Schaefer berkata, pakar meneliti video itu bagi memastikan ia asli atau tidak.

“Sekiranya video ini asli, ia sangat mengejutkan,” katanya.

Abu Sayyaf menculik Kantner dan membunuh isterinya selepas memintas kapal layar yang dinaiki pasangan berkenaan berhampiran perairan Sabah di Malaysia pada November lalu.

Kumpulan itu meminta wang tebusan berjumlah 30 juta peso (RM2.7 juta) sebagai syarat untuk membebaskan Kantner.

Abu Sayyaf juga masih menahan beberapa tebusan warga asing termasuk dari Indonesia dan Malaysia. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan