Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Abu Sayyaf penggal tebusan?

10:35am 26/04/2016 Pak Roshan 22569 views Global

abu-sayyaf

Manila: Tujuh kepala dipercayai tebusan yang dipenggal kumpulan Abu Sayyaf ditemui di Jolo hari ini, lima jam selepas berakhirnya tempoh pembayaran wang tebusan ditetapkan kumpulan itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Filipina masih belum mengesahkan sama ada kepala terbabit milik empat tahanan yang dituntut wang tebusan oleh Abu Sayyaf iaitu dua lelaki Kanada, seorang lelaki Norway dan seorang wanita Filipina yang muncul dalam rakaman video sebelum ini merayu keluarga serta kerajaan berusaha membebaskan mereka.

Jurucakap tentera, Major Felimon Tan, berkata: “Kami masih belum dapat menyatakan kepala siapa ditemui itu.”

Penduduk melihat dua lelaki bermotosikal membuang beg plastik mengandungi kepala terbabit di tengah bandar Jolo

Abu Sayyaf mengancam memenggal seorang daripada empat tebusan hari ini, jika wang tebusan 300 juta peso (AS$6.4 juta) setiap seorang tidak dibayar pada jam 3 petang waktu tempatan. Mereka ditawan di sebuah resort di Pulau Samal pada 21 September lalu.

Kumpulan Abu Sayyaf juga sedang menahan beberapa lagi rakyat asing termasuk empat rakyat Malaysia dan 14 Indonesia iaitu kru bot tunda, serta seorang Belanda dan seorang Jepun. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan