Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Abu Sayyaf penggal lagi tebusan

10:07am 26/08/2016 Pak Roshan 3244 views Global
Patrick James Aldovar membuat rayuan melalui rakaman video beberapa hari sebelum dia dipenggal hari ini.

Patrick James Aldovar membuat rayuan melalui rakaman video beberapa hari sebelum dia dipenggal hari ini.

Manila: Kumpulan militan Abu Sayyaf memenggal seorang penduduk kampung warga Filipina yang diculik selepas keluarga mangsa gagal membayar wang tebusan.

Jurucakap tentera, Filemon Tan berkata, militan membunuh Patrick James Aldovar tengah hari kelmarin, berhampiran bandar Indanan di Sulu sebelum membuang kepala mangsa di satu kawasan penempatan.

Aldovar, 18, diculik Abu Sayyaf di Jolo pada 16 Julai lalu.

Tindakan kejam itu adalah yang pertama sejak Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengarahkan tentera menghapuskan kumpulan berkenaan.

Berikutan kejadian itu, Duterte menegaskan Abu Sayyaf antara antara musuh negara yang beliau mahu hapuskan.

“Pengedar dadah, hapuskan mereka. Abu Sayyaf, hapuskan mereka,” tegas Duterte.

Sementara itu, Tan memberitahu, beribu-ribu askar bantuan diterbangkan ke Sulu dan pulau Basilan untuk membantu operasi memerangi Abu Sayyaf. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan