Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Abu Sayyaf mengganas sejak 1990-an

10:19am 27/04/2016 Pak Roshan 3551 views Global

abu-sayyaf

Manila: Kumpulan Abu Sayyaf yang memenggal kepala tebusan rakyat Kanada, John Ridsdel, semalam, tujuh bulan selepas menculiknya bersama tiga lagi di sebuah resort di selatan Filipina, sudah mengganas di kawasan berkenaan dengan melakukan serangan bom, penculikan dan memenggal kepala tebusan sejak 1990-an.

Berikut garis masa aktiviti keganasan Abu Sayyaf:

– Awal 1990-an: Pendakwah berpendidikan di Libya Abdurajak Janjalani membentuk Abu Sayyaf (Pembawa Pedang) selepas keluar daripada kumpulan pemberontak Filipina. Mereka dibiayai yayasan kebajikan dikendali Mohammad Jamal Khalifa, antara ipar Osama bin Laden.

– 4 April 1995: Menyerang bandar Ipil di selatan menyebabkan lebih 50 orang mati.

– 18 Disember 1998: Janjalani terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Filipina di Pulau Basilan dan diganti adiknya Khadaffy Janjalani, yang terbunuh pada September 2006.

– April 23, 2000: Serangan pertama di negara asing, menculik 10 pelancong Barat dan 11 orang Asia dari resort Pulau Sipadan, Malaysia.

Tebusan dibebaskan pada Ogos 2001, tebusan Barat diterbangkan ke Tripoli dengan jet dihantar pemimpin Libya Muammar Gaddafi yang dikatakan membayar wang tebusan jutaan dollar.

– 27 Mei 2001: Tiga rakyat Amerika antara 20 tebusan diculik dari sebuah resort di barat Filipina barat. Guillermo Sobero, dipancung 13 bulan kemudian, tebusan lain dibebaskan selepas wang tebusan dibayar.

Tebusan Amerika, Martin Burnham dan tebusan Filipina terbunuh dalam operasi ketenteraan pada Jun 2002 tetapi isteri Burnham diselamatkan.

– 27 Februari 2004: Abu Sayyaf melakukan serangan bom api terhadap feri di Manila Bay, membunuh 116 orang.

– 10 Julai 2007: Abu Sayyaf dan kumpulan gerila Barisan Pembebasan Islam Moro membunuh 14 askar marin Filipina di Basilan, memenggal 10 daripada mereka.

– 5 Disember 2011: Abu Sayyaf menculik bekas tentera Australia Warren Rodwell di rumahnya di selatan Filipina. Dibebaskan pada Mac 2013 selepas wang tebusan hampir AS$100,000 dibayar.

– 1 Februari 2012: Dua pemerhati burung, seorang Belanda dan Switzerland, diculik di Pulau Tawi-Tawi. Tebusan Switzerland melarikan diri pada Disember 2014.

– 25 April 2014: Pasangan Jerman Stefan Okonek dan Henrike Dielen diculik dari kapal layar di barat Pulau Palawan. Pasangan itu dibebaskan selepas wang tebusan dibayar enam bulan kemudian.

– Pertengahan 2014: Isnilon Hapilon yang mempunyai ganjaran AS$5 juta oleh Amerika Syarikat, menjadi orang pertama dalam pemimpin kanan Abu Sayyaf mengisytiharkan setia kepada Negara Islam (IS).

– 14 Mei 2015: Tebusan Malaysia Bernard Then dan pengurus restoran Thien Nyuk Fun diculik di Sandakan. Wanita itu dibebaskan pada November selepas sejumlah wang tebusan dilaporkan dibayar tetapi Bernard dipancung.

– 21 September 2015: Pelancong Kanada John Ridsdel dan Robert Hall, pengurus resort Kjartan Sekkingstad dari Norway dan teman wanitanya dari Filipina diculik dari kapal layar dui sebuah resort di Pulau Samal, ratusan kilometer dari kubu kuat Abu Sayyaf. Penculik mengancam memenggal kepala seorang tebusan jika wang tebusan tidak dibayar pada 25 April.

– 7 Oktober 2015: Bekas paderi Itali Rolando Del Torchio diculik di restoran pizza di Dipolog, juga jauh dari kubu Abu Sayyaf. Beliau dibebaskan pada 9 April lalu.

– 26 Mac 2016: Seramai 10 rakyat Indonesia, kru kapal tunda diculik mereka di perairan antara Sabah dan Filipina.

1 April 1 2016: Lelaki bersenjata menaiki bot laju menculik empat rakyat Malaysia di pantai timur Sabah.

16 April 2016: Lelaki bersenjata menculik empat kelasi Indonesia dekat perairan Sabah. Tentera Filipina mengesyaki Abu Sayyaf dalang penculikan itu.

– 25 April 2016 – Kepala manusia yang kemudian disahkan milik tebusan rakyat Kanada, John Ridsdel, ditemui di Jolo, selatan Filipina, lima jam selepas tempoh akhir pembayaran wang tebusan ditetapkan Abu Sayyaf. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan