Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Abu Sayyaf beri tempoh empat minggu

SEDUTAN video menunjukkan tiga tebusan duduk di hadapan beberapa militan Abu Sayyaf.
SEDUTAN video menunjukkan tiga tebusan duduk di hadapan beberapa militan Abu Sayyaf.

Manila: Kumpulan Abu Sayyaf yang memenggal kepala tebusan Kanada minggu lalu, mengancam membunuh seorang lagi tahanan barat jika wang tebusan jutaan ringgit tidak dibayar kepada mereka dalam masa empat minggu.

Rakaman video daripada kumpulan itu menunjukkan tahanan Kanada Robert Hall dan Kjartan Sekkingstad dari Norway memakai baju jingga dikelilingi lelaki bersenjata.

Menurut tahanan terbabit, Abu Sayyaf mengancam membunuh sekurang-kurangnya seorang daripada mereka jika bayaran tidak diterima menjelang 13 Jun.

Tulisan pada video itu menyatakan Abu Sayyaf menuntut 600 juta peso (RM51.71 juta).

Tebusan Kanada, John Ridsdel, dibunuh bulan lalu selepas wang tebusan tidak dibayar pada tarikh ditetapkan.

Mereka bersama teman wanita Hall diculik dari sebuah resort di kepulauan Samal pada 2015, ratusan kilometer dari kubu Abu Sayyaf di Selatan Filipina.

Kumpulan itu juga sedang menahan empat raktyat Malaysia, seorang rakyat Belanda dan empat Filipina. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan