Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Abu Sayyaf bebaskan tebusan warga Itali

DEL Torchio menerima rawatan di hospital tentera di Zamboanga City selepas dibebaskan. -
DEL Torchio menerima rawatan di hospital tentera di Zamboanga City selepas dibebaskan.

Manila: Seorang bekas paderi warga Itali yang diculik oleh kumpulan militan di Selatan Filipina, enam bulan lalu dibebaskan kelmarin, kata polis dan kerajaan Itali.

Jurucakap polis, Wilben Mayor berkata, Rolando Del Torchio ditemui disebuah pelabuhan di pulau Jolo, yang dikenali sebagai kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf.

Katanya, Del Torchio, 57, yang kelihatan kurus ditemui pada awal pagi di dalam sebuah bot di pelabuhan berkenaan.

“Mangsa culik itu dibawa ke sebuah hospital tentera untuk rawatan sebelum dibenarkan pulang negara asalnya,” katanya.

Sekumpulan lelaki bersenjata menculik Del Torchio di sebuah kedai pizza miliknya di bandar Dipolog, kira-kira 400 kilometer dari timur laut Jolo, pada Oktober tahun lalu.

Identiti penculik tidak disahkan tetapi pihak berkuasa percaya mangsa dibawa menaiki bot menuju ke kubu kuat Abu Sayyaf.

Bagaimanapun, Mayor enggan memberitahu sama ada wang tebusan dibayar sebagai pertukaran pembebasan lelaki itu.

Kumpulan Abu Sayyaf terkenal kerana sering menculik warga asing sebagai cara untuk menuntut wang tebusan.

Beberapa warga asing termasuk dari Indonesia, Malaysia dan Barat dipercayai masih menjadi tebusan kumpulan berkenaan. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan