Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Abu Bakar laksana tugas dengan cemerlang: Musa

Musa menyampaikan cendera kenangan kepada Abu Bakar semasa di majlis itu.
Musa menyampaikan cendera kenangan kepada Abu Bakar semasa di majlis itu. – foto Ille Liyana Tugimin / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata bekas Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Abu Bakar Hassan telah melaksanakan tugas dengan baik serta memberi impak positif kepada pembangunan Sabah.

Beliau turut memuji prestasi kerja cemerlang yang dipamerkan Abu Bakar Hassan yang juga Ketua Perkhidmatan Awam Persekutuan Sabah, sepanjang berkhidmat hampir tiga tahun di negeri ini.

“Beliau telah melaksanakan tanggungjawab dan peranan selaku mediator sektor awam Kerajaan Pusat dengan Negeri dengan penuh berhemah dan berdedikasi,” katanya ketika berucap pada majlis Sekalung Budi Semarak Kasih sempena persaraan Abu Bakar di sini malam tadi.

Musa berkata, pelaksanaan program kerajaan memerlukan penglibatan dan kerjasama erat di kalangan semua agensi terlibat.

“Saya akui bahawa dengan kewibawaan dan komitmen yang tinggi, beliau (Abu Bakar) dapat menangani sebarang isu yang timbul dan dapat mencari penyelesaian terbaik secara ‘win-win situation’,” katanya.

Selain aspek pembangunan, beliau berkata bahawa Abu Bakar turut memainkan peranan yang besar dalam membantu Kerajaan Negeri menghadapi ancaman luar termasuk melibatkan diri dalam aktiviti keselamatan.

“Sesungguhnya Kerajaan Negeri sangat bertuah kerana mendapat khidmat seorang pegawai tinggi kerajaan yang punya pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan,” tambah beliau.

Abu Bakar Hassan bersara pada 1 Februari, selepas berkhidmat lebih 35 tahun dalam pelbagai sektor perkhidmatan awam di negara ini.

Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah merangkap Ketua Perkhidmatan Awam Persekutuan Sabah pada 22 Jun 2012.

Sementara itu, Abu Bakar berharap agar sektor perkhidmatan di negeri ini akan terus cemerlang dan meningkatkan lagi kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Negeri di masa hadapan.

“Pelbagai isu dan masalah khususnya berkaitan keselamatan negara akan dapat diatasi melalui kerjasama erat di antara kedua-dua kerajaan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat atas sokongan yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat dalam sektor awam. – oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah.

SELAMAT HARI JADI... Majlis harijadi Abu Bakar turut diraikan pada majlis persaraan tersebut. - foto Ille Liyana Tugimin / Sayangsabah
SELAMAT HARI JADI… Majlis harijadi Abu Bakar turut diraikan pada majlis persaraan tersebut. – foto Ille Liyana Tugimin / Sayangsabah¬†

Komen


Berita Berkaitan