Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Abdul Somad dirai dalam majlis jamuan teh

Tun Juhar menerima buku hasil tulisan Abdul Somad (kiri) bertajuk 99 Seputar Shalat.

KOTA KINABALU: Kehadiran penceramah terkenal Indonesia, Abdul Somad Batubara di negeri ini diraikan dalam Majlis Jamuan Teh di Istana Negeri.

Beliau yang berada dua hari di sini, dibawakan khas oleh Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk menyampaikan ceramah umum kepada umat Islam.

Pada majlis itu, beliau yang juga Pensyarah Bahasa Arab dan Tafsir Hadis, Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau menyampaikan tazkirah yang turut dihadiri Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd. Ariffin Mohd. Arif, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bongsu Aziz Jaafar dan Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Mejar Kehormat Al Hambra Tun Juhar dan Ahli Jawatankuasa Yayasan Nur Jauhar.

Hadir menyerikan majlis, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr. Juhar Datuk Mahiruddin dan isteri, Toh Puan​ ​Norlidah Tan Sri R.M Jasni.

Terdahulu, Abdul Somad menghadiri sesi perjumpaan dan ceramah agama di Masjid Bandaraya pada Isnin serta di Masjid As-Sobirin Putatan, Dewan Sa’adah Wisma MUIS, Masjid Negeri dan Ceramah Umum di Masjid Cahaya Iman Membakut pada Selasa./Penerangan-​

Tun Juhar beramah mesra bersama Abdul Somad (kiri) dan Ariffin (kanan) sebelum majlis bermula.

Komen


Berita Berkaitan