Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Abdul Ghapur sokong cadangan bayaran royalti minyak lebih tinggi

ghapursalleh2

TAWAU: Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menyokong cadangan agar kerajaan pusat membayar royalti minyak yang lebih tinggi kepada Sabah seperti diusulkan beberapa pihak sebelum ini.

Abdul Ghapur, yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan, berkata kenaikan bayaran royalti itu akan membolehkan lebih banyak pembangunan dilaksana, terutama di kawasan luar bandar Sabah.

“Kita percaya apabila kerajaan pusat membayar royalti minyak yang lebih tinggi kepada Sabah, wang itu akan dapat digunakan untuk me-rancakkan lagi pembangunan di negeri ini, terutama di kawasan luar bandar,” kata-nya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau juga berkata meski-pun pembangkang dilihat turut lantang bersuara berhubung isu bayaran royalti minyak, namun perlu difahami tuntutan itu adalah aspirasi rakyat Sabah yang ingin melihat negeri ini terus maju. 

Komen


Berita Berkaitan