Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Abbu Sayyaf tuntut RM4.4 juta

Kumpulan Abu Sayyaf di Filipina mencari wang dengan menculik dan menuntut wang tebusan. - Foto AFP (Fail)
Kumpulan Abu Sayyaf di Filipina mencari wang dengan menculik dan menuntut wang tebusan. – Foto AFP (Fail)

Jakarta: Seramai 10 rakyat Indonesia kini ditahan oleh kumpulan pelampau Abu Sayyaf di Filipina yang menuntut wang tebusan selepas bot mereka dirampas.

Menurut Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi, pemilik bot penunda, Brahma 12, dan tongkang Anand 12 membawa 7,000 tan arang batu sudah menerima panggilan telefon daripada kumpulan itu menuntut wang tebusan.

Namun, beliau kementerian itu tidak dapat memastikan bila kejadian berlaku tetapi pemilik bot dihubungi Sabtu lalu.

Kumpulan itu dilapor menuntut 50 juta peso (RM4.4 juta) bagi pembebasan bot serta anak kapalnya. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan