Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Abang terbunuh, adik kembar selamat

12:26pm 15/04/2016 Pak Roshan 28042 views Jenayah,Mutakhir

tembak2

Kota Kinabalu: Mangsa tembak oleh dua lelaki yang menunggang motosikal di Jalan Kolam, Luyang, dekat sini, pagi tadi membabitkan dua beradik kembar dengan seorang maut manakala seorang lagi selamat.

Mangsa yang maut itu berusia 23 tahun duduk di tempat duduk penumpang depan, manakala adik kembarnya juga berusia 23 tahun yang terselamat duduk di tempat duduk penumpang belakang.

Seorang lagi yang maut berusia 35 tahun yang juga pemandu pacuan empat roda Toyota Land Cruiser dinaiki mereka. Ketiga-tiganya berasal dari Sibu, Sarawak.

Mangsa maut selepas ditembak lapan das oleh penyerang berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Sallehuddin Abd Rahman berkata, dua lelaki yang menembak mangsa berpakaian pakaian serba hitam.

“Berdasarkan maklumat awal, sebaik sahaja kenderaan mangsa tiba di tempat kejadian tiba-tiba muncul sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki lalu melepaskan lapan das tembakan ke arah cermin sisi tempat pemandu pacuan empat roda itu.

“Pemandu yang berusia 35 tahun dan penumpang di hadapan berusia 23 tahun terbunuh akibat terkena tembakan terbabit sementara seorang lagi yang juga adik kembar mangsa berusia 23 tahun sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Jelasnya, sebaik melepaskan tembakan kedua-dua suspek yang menaiki motosikal itu berjaya meloloskan diri dengan memecut keluar dari lokasi kejadian dan Land Cruiser berkenaan hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang sebuah Perodua Myvi dipandu seorang wanita berusia 58 tahun.

Menurutnya, polis masih menjalankan pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian dengan membabitkan pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

“Gerakan memburu suspek yang terbabit sedang giat dilakukan dengan membuat Op Tutup di sekitar daerah-daerah terdekat.

“Motif kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – myMetro Online

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan