Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Abang nafi mencederakan adiknya, bicara bulan Mac

5:11pm 26/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 25 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Mahkamah Majistret, disini, hari ini menetapkan tarikh 28 dan 29 Mac hadapan kepada seorang lelaki atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada adik lelakinya.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan tarikh tersebut setelah tertuduh mengekalkan pengakuan tidak bersalah kepada pertuduhan yang dibaca terhadapnya.

Alfred Abang, 29 didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Moyog, pada jam 9 malam, 5 November lalu.

Alfred dituduh dibawah Seksyen 323 Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tempoh satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh untuk melantik seorang peguam bagi tujuan pembelaan semasa perbicaraan akan datang.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwaan, Inspektor Isfandiar Dr Japri. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan