Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

9825 Pesalah Trafik Dikelarkan Waran Tangkap

saman

KOTA KINABALU: Sebanyak 9285 waran tangkap di keluarkan kepada pesalah trafik di bandaraya ini sejak tahun 2000 dan mereka dinasihatkan untuk segera melunaskan tunggakan saman sebelum tindakan tegas mahkamah dikenakan.

Ketua Polis Bandaraya ACP Jauteh Dikun berkata pemilik waran mempunyai dua pilihan sama ada menyerah diri dan saman boleh dibayar terus di kaunter trafik atau menunggu tindakan mahkamah.

Jauteh berkata demikian kepada pemberita sempena Ops Warta Khas di Jalan Kepayan-Tanjung aru kelmarin.

Beliau berkata pihaknya turut menubuhkan beberapa kumpulan yang bergerak dari rumah ke rumah bagi menyerahkan notis kepada individu yang terlibat.

Menurutnya lagi sebanyak 20 individu yang mempunyai waran berjaya dikesan dan menyerah diri sejak Isnin lepas.

Komen


Berita Berkaitan