Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

98 orang sertai SIFT 2017

WILFRED (tengah) bersama Suzaini (kanan) melepaskan peserta SIFT 2017, di sini, hari ini.

KOTA KINABALU: Seramai 98 orang termasuklah peserta luar negara seperti Brunei Darussalam, China, dan Singapura menyertai Pertandingan Memancing Antarabangsa Sabah (SIFT) 2017 di Pulau Layang- Layang, dekat sini.

Pertandingan yang berlansung selama enam hari yang bermula hari ini sehingga 30 April 2017 merupakan anjuran Persatuan Pengail Sabah (SAA).

Presiden SAA, Datuk Wilfred Lingham berkata pihaknya komited dalam mempromosikan aktiviti itu untuk menarik lebih ramai pelancong luar negara datang ke Sabah sekaligus membantu meningkatkan sektor pelancongan negeri ini.

“Apabila sesebuah program itu mampu bertahan untuk satu jangka masa yang lama dan mampu menarik minat kaki pancing… Ia menunjukkan bahawa kita di landasan yang betul dalam mempromosi program tahunan ini sebagai salah satu aktiviti pelancongan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan peserta SIFT 2017, dekat sini, hari ini. Hadir sama, Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah, Suzaini Sabdin.

Tambahnya, hadiah berjumlah RM 70,000 termasuk trofi dan pingat menanti para pemenang SIFT 2017.

Selain itu, katanya, SAA juga akan melaksanakan aktiviti lelong hasil tangkapan para pemenang pertandingan itu.

“Hasil jualan dari aktiviti lelong itu akan disumbangkan kepada badan- badan aman bagi membantu mereka yang memerlukan. Pada tahun lepas, kami telah menyumbangkan hasil jualan kepada sebuah Persatuan Ibu- Ibu Tunggal,” katanya.

Disamping itu, Wilfred berkata pihaknya turut bekerjasama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi memastikan keselamatan para peserta sepanjang pertandingan itu berlansung.

“Kita telah menyerahkan senarai nama para peserta sekaligus maklumat peribadi mereka seperti nombor kad pengenalan bagi tujuan keselamatan,” jelasnya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan