Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

95 peratus positif terhadap kebolehpasaran lulusan SLDN

Azmi (depan, tiga dari kiri) bergambar bersama penerima sijil SLDN - foto Fotobest Kolombong
Azmi (depan, tiga dari kiri) bergambar bersama penerima sijil SLDN – foto Fotobest Kolombong

KOTA KINABALU – Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mendapati bahawa 95 peratus majikan dan pekerja mempunyi pandangan positif terhadap kebolehpasaran lulusan Sistem Latihan Dual National (SLDN).

Pengarah JPK Wilayah Sabah dan Labuan, Mohd Azmi Pelah berkata, SLDN merupakan sistem latihan berasaskan industri di mana kira-kira 80 peratus latihan praktikal dijalankan di syarikat industri manakal 20 peratus latihan di pusat latihan secara teori.

“Tujuan SLDN ini adalah untuk melahirkan pekerja yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan teknikal dan pembelajaran seperti penyelesaian masalah, merancang, dan penyeliaan tugasan di tempat kerja,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Sistem Latihan Dual Nasional, di sini hari ini.

Seramai 12 pelatih menerima sijil penyertaan program SLDN dari pusat latihan Stella Beauty Salon dan SPA.

Menurutnya, latihan SLDN ini beroperasi berdasarkan konsep perkongsian pintar di antara pihak industri dan kerajaan dan dijangka berupaya menangani isu ketidaksepadanan kemahiran yang dibangkitkan oleh pihak industri.

Sehubngan itu, beliau berharap agar garaduan dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi daripada latihan kemahiran itu. – oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan