Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KOMPLEKS MAHKAMAH KOTA KINABALU BEROPERASI SEPENUHNYA AKHIR BULAN OGOS

 

Liew (kiri) menyaksikan penyerahan kunci replika daripada Ketua Pengarah BHEUU Datuk Jalil Marzuki (empat dari kiri) kepada Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum (dua dari kiri). Gambar SNT/Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu bernilai RM147.9 juta di Bukit Punai dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada akhir bulan ini.

Setakat ini, Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi dan satu Mahkamah Sesyen telah pun memulakan prosiding di kompleks baru tersebut.

Kesemua mahkamah di bangunan lama akan mula bersidang di kompleks baru itu pada akhir bulan Ogos, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Dalam satu sidang akhbar selepas menyaksikan penyerahan kompleks dari Kerajaan Persekutuan kepada badan kehakiman Sabah di sini hari ini, beliau berkata penyempurnaan kompleks yang ikonik dan megah itu adalah sesuatu yang amat bermakna bukan sahaja bagi badan kehakiman di Sabah tetapi seluruh rakyat dalam Negeri.

Elemen dari tiga etnik di Sabah iaitu Kadazandusun, Bajau Laut dan Murut telah dijadikan asas dalam reka bentuk bangunan yang juga menggabungkan motif bunga kebangsaan, Bunga Raya dan bunga rasmi Sabah, Rafflesia.

Lebih membanggakan, kata Liew adalah kejayaan Jabatan Kerja Raya mengurangkan kos pembikinan sebenar sehingga menjimatkan duit kerajaan kira-kira RM1 juta.

Liew memuji Hakim Besar Malaysia Tan Sri Richard Malanjum dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Datuk David Wong Dak Wah atas komitmen mereka untuk menyelia projek itu dan memastikan ia dilakukan dengan baik.

Pembinaan bermula pada April 2014 dan bangunan itu telah siap sepenuhnya dalam masa 45 bulan.

Ia mempunyai enam Mahkamah Majistret, enam Mahkamah Sesyen termasuk untuk Jenayah Seksual Kanak-Kanak, tiga Mahkamah Tinggi dan satu Mahkamah Persekutuan.

Menjawab satu soalan, Liew berkata, mahkamah lama di bandaraya Kota Kinabalu boleh digunakan untuk Mahkamah Bandar Raya atau mungkin untuk Mahkamah Malam, yang pernah wujud sebelum ini bersidang.

Ketua Hakim Malaysia, Tan Sri Richard Malanjum yang turut hadir dalam sidang akhbar itu mencadangkan bangunan lama itu juga boleh digunakan untuk mendengar permohonan perintah reman pada hujung minggu.

Terdahulu, Liew menyaksikan penyerahan kunci replika kepada Malanjum dari Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Pengarah Datuk Jalil Marzuki.

Malanjum kemudian menyerahkan kunci replika kepada Ketua Hakim Negara Sabah dan Sarawak, Datuk David Wong Dak Wah.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan