Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,510

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

920 pelajar SMK Kota Marudu terima bantuan awal persekolahan

7:11pm 13/03/2017 Elezebeth Esther Onjining 27 views Pendidikan,Tempatan

Maximus menyampaikan Bantuan Awal Khas Persekolahan 1 Malaysia kepada salah seorang pelajar di SMK Kota Marudu,disini

KOTA MARUDU: Seramai 920 orang pelajar SMK Kota Marudu menerima Bantuan Awal Khas Persekolahan 1 Malaysia, dekat sini, baru-baru ini.

Bantuan tersebut disampaikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili sempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Dalam majlis berlainan, Maximus turut menyampaikan insentif berupakan wang tunai kepada pelajar SK Magandai yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun lalu. -Sayang Sabah

TAHNIAH… Maximus menyampaikan insentif wang tunai kepada salah seorang pelajar cemerlang UPSR SK Magandai, dekat sini, baru-baru ini.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan