Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

92 peratus aduan DBKK berjaya diselesaikan

5:09pm 17/11/2015 Dewiana Tinggolongon 22 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Abidin sedang berbual bersama salah seorang pelanggan dalam majlis berkenaan. - Fto Alex Mairin / sayangsabah.

Abidin sedang berbual bersama salah seorang pelanggan dalam majlis berkenaan. – Fto Alex Mairin / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Dewan Bandaraya Kota Kinbalu (DBKK) berjaya menyelesaikan sebanyak 92  peratus masalah aduan berkaitan DBKK sepanjang  tahun ini.

Mayor bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata, beliau berharap agar masalah itu dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

“Pada tahun ini sebanyak 5,206 aduan telah diterima berbanding jumlah aduan sebanyak 5,441 pada tahun lalu,” katanya dalam satu sidang media sempena Hari Bertemu Pelanggan DBKK di perkarangan bangunan DBKK hari ini (Selasa).

Menurutnya, antara aduan yang dikemukakan oleh pengadu termasuklah masalah lampu jalan, parit, setingan, tempat letak kereta, dan sampah.

Katanya, jumlah aduan paling tinggi adalah melibatkan masalah lampu jalan dan perparitan.

Jelas beliau, masalah perparitan yang sering menjadi rungutan orang ramai bukanlah tanggungjawab DBKK semata-mata.

Katanya, masalah berkenaan perlu diselesaikan dengan kerjasama semua pihak termasuklah Pembinaan Kekal Mewah (PKM) dan majlis-majlis daerah berdekatan.

“Namun demikian bagi pihak DBKK kami mempunyai jawatankuasa pencegahan banjir atau Flood mitigation.

“Ia dipengerusikan oleh Pembantu menteri yang bertanggungjawab terhadap DBKK dan ia juga melibatkan Majlis Daerah Putatan dan Penampang,” ujarnya.

Berkenaan dengan masalah banjir pula, beliau berkata DBKK mempunyai jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk menyelesaikannya.

Katanya, untuk perancangan jangka masa pendek,  DBKK melakukan pembersihan parit-parit yang tersumbat manakala bagi jangka masa panjang DBKK bercadang untuk membina flood gap.

Dalam pada itu, beliau berkata kawasan yang kerap mengalami banjir kilat adalah di kawasan Kolombong.

“Kita tidak boleh mengelak kejadian banjir kilat ini kerana apabila hujan berlaku, air dari bukit akan turun dan apabila air dari laut pasang pada dalam masa yang sama ia akan menyebabkan banjir kilat berlaku di kawasan-kawasan rendah.

“Hal ini disebabkan berlakunya global warming yang menyebabkan paras air laut semakin meningkat,” katanya. – Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan