Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

915 diperiksa dalam Ops Gasak

8:06pm 06/11/2015 Pak Roshan 527 views Lahad Datu,Mutakhir,Tempatan

patiesszone

LAHAD DATU – Sebanyak 915 orang diperiksa dalam Ops Gasak yang diterajui Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di sekitar pinggiran bandar ini, hari ini.

Komander Esscom, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, operasi selama enam jam bermula 3 pagi itu, disertai 472 orang daripada pelbagai agensi termasuk polis dan Jabatan Imigresen.

“Selepas tapisan dibuat, 193 orang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau untuk urusan penghantaran pulang ke negara asal mereka,” katanya dalam kenyataan.

Abdul Rashid berkata, kesemua mereka ditahan di dua kawasan perkampungan, di Kampung Sabah Baru dan Epil yang terletak kira-kira enam kilometer dari pusat bandar Lahad Datu.

“Mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Ops Gasak adalah sebahagian daripada usaha berterusan Esscom membersihkan negeri ini, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) daripada PATI,” katanya. – Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan