Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

9,000 murid sertai Kempen Keselamatan REPSOL sejak 2013

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi, Jenifer Lasimbang menerima cenderakenangan daripada Repsol. Gambar SNT/Ehsan Kementerian Pelajaran dan Inovasi

TUARAN: Seramai 9,000 murid telah mendapat pendedahan dalam Kempen Keselamatan Bagi Murid-Murid Sekolah Rendah di Sabah anjuran Repsol Oil & Gas (REPSOL) Malaysia Limited sejak 2013.

Sehubungan itu, kerajaan negeri berharap pihak REPSOL yang mempelopori program itu dapat meneruskan tajaan mereka agar lebih ramai murid berpeluang mempelajari aspek keselamatan diri dengan kaedah yang betul.

Pembantu Menteri Pendidikan dan Inovasi, Jenifer Lasimbang berkata, adalah menjadi tanggungjawab bersama semua pihak untuk memainkan peranan dalam menyedarkan kanak-kanak di peringkat awal umur mengenai keselamatan diri mereka.

“REPSOL telah banyak menolong masyarakat di Sabah melalui program kemasyarakat mereka sejak beroperasi di perairan negeri ini pada 2012 dan kerajaan amat menghargai usaha syarikat ini dalam melaksanakan tanggungjawab sosial mereka.

“Oleh itu, saya menyeru agar murid-murid yang menyertai kempen ini akan menanam budaya untuk peka kepada kesedaran keselamatan sebagai panduan harian mereka,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Kempen Keselamatan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telipok, Tuaran di sini hari ini.

Jenifer serta tetamu jemputan lain bergambar dengan peserta Kempen Keselamatan di Dewan SMK Telipok, Tuaran. Gambar SNT/Ehsan Kementerian Pelajaran dan Inovasi

Kempen itu disertai seramai 500 murid sekolah rendah di daerah itu. Hadir sama di majlis itu adalah Pengurus Perkhidmatan Teknikal REPSOL Malaysia, Pablo Ortola.

Dalam kempen itu, para peserta didedahkan dengan ceramah keselamatan oleh REPSOL, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Malaysia.

Dala masa sama, Jenifer turut mengajak orang ramai supaya menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah dan tempat awam untuk mengelakkan diri daripada terbabit dalam kemalangan atau keadaan tidak diingini kerana kelalaian akan merugikan banyak pihak terutama keluarga. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan