Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

9 warga asing ditahan cuba seludup masuk ke negara ini

7:25pm 08/10/2016 Pak Roshan 867 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir
PENDATANG asing yang ditangkap kerana cuba menyeludup masuk secara haram menerusi perairan, di Sandakan.Foto ihsan PPM Sandakan.

PENDATANG asing yang ditangkap kerana cuba menyeludup masuk secara haram menerusi perairan, di Sandakan.Foto ihsan PPM Sandakan.

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan sembilan pendatang asing tanpa izin yang cuba masuk ke negara ini secara haram menerusi perairan Sungai Batu 3, di sini, tengah malam tadi.

Enam lelaki dan tiga wanita berusia antara 16 hingga 50 tahun itu ditahan dalam Op Pensura yang dilakukan sepasukan anggota PPM, kira-kira jam 12.30 malam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun, berkata semua mereka yang berasal dari Zamboanga ditahan ketika bot laju dinaiki terkandas di kawasan bakau.

Bagaimanapun, katanya, juragan bot sempat melarikan diri dengan terjun ke sungai.

“Turut dirampas, seunit enjin sangkut dan bot dianggarkan bernilai RM27,000. Semua pendatang asing terbabit ditahan untuk siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan