Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

9 tahun pelihara emak secara rahsia

LIU bersama ibunya, Gong.
LIU bersama ibunya, Gong.

Beijing: Bagi seorang anak lelaki, terlalu sukar untuk membuat keputusan dalam sengketa antara ibu kandung dan isteri.

Seorang lelaki di Xichang, bandar di wilayah Sichuan, China yang berdepan dengan masalah itu, terpaksa memelihara ibunya selama sembilan tahun tanpa pengetahuan isterinya.

Liu Xianglu berkahwin dengan isterinya, Zhao Zongcui pada 1985 dan mewarisi semua kekayaan keluaga isterinya.

Pada Tahun Baru Cina 2007, dia mengambil keputusan membawa ibunya, Gong Xingzhen dari kampung mereka untuk tinggal bersama dengannya.

Bagaimanapun, pertengkaran meletus apabila Zhao menentang keras hasratnya sehingga mengancam membunuh diri jika suaminya tidak membawa ibunya keluar dari rumah mereka.

Dalam usahanya untuk menyelamatkan rumah tangganya, Liu yang tidak mempunyai pilihan, terpaksa beralah, tetapi pada masa sama, dia juga tidak mahu menjadi anak derhaka.

Dia tidak menghantar ibunya ke kampung asal mereka, sebaliknya menyewa sebuah rumah berhampiran.

Dan tindakannya itu selama sembilan tahun lalu tidak diketahui isterinya, sehinggalah kedua-dua wanita itu bertembung di sebuah pasar baru-baru ini.

Zhao terkejut dan berang kerana suaminya membela ibunya secara bersembunyi selama hampir 10 tahun.

“Kami tidak bersependapat dalam semua hal. Saya tidak mahu dia mencampuri urusan keluarga saya,” katanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan