Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

9 Sunnah Super Simple

2:38pm 12/05/2016 Zakir Sayang Sabah 190 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

“ Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku maka dia telah mencintaiku. Dan siapa yang mencintaiku maka dia bakal bersamaku di syurga nanti. “ – Tirmidhi.

Perkataan sunnah pada asalnya dimaknai dengan segala tingkah laku, perbuatan dan ajaran Nabi Muhammad SAW. Tapi ia sebenarnya jauh lebih dari itu. Sunnah Nabi adalah teladan dan panduan kepada kita ummatnya untuk hidup dengan lebih produktif dan berjaya. Dalam khazanah sunnah Rasulullah lah tersimpan mutiara hikmah untuk kita lebih berjaya dalam kehidupan harian.

Oleh itu dengan mengikut rapat sunnah Nabi Muhammad, kita mengharapkan agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih produktif dan juga mendapat tempat bersama Baginda di syurga kelak.

Anda mungkin telah terbaca atau dengar puluhan malah ratusan sunnah Rasulullah. Tetapi mari kita pastikan kesahihan sunnah (bukan dari sumber hadis palsu) tersebut dan fokus kepada sunnah yang utama sebelum yang lainnya.

Di sini kami senaraikan 9 sunnah mudah yang mesti kita berusaha untuk melakukannya.

  1. Tidur awal – Bangun awal

Gaya dan rutin tidur kita sangat mempengaruhi kehidupan seharian. Sejam selepas waktu subuh adalah waktu yang paling produktif untuk sesuatu kerja. Bangun awal untuk Solat Subuh sebenarnya telah meletakkan kita dalam satu momentum kerja yang produktif untuk hari itu. Untuk bangun awal kita perlu tidur awal. Sebab itu ada satu hadis dari Aisyah yang diriwayatkan Bukhari.

“ Baginda sering tidur di awal malam, kemudian bangun sepertiga malam yang terakhir untuk solat.. “ – Bukhari

  1. Senyum

Dari Ibn Jazz “ Aku tidak pernah melihat orang yang paling banyak senyum selain Rasulullah.” – Tirmidhi

Senyum telah terbukti memberikan kesenangan bukan sahaja kepada yang melihatnya tetapi juga kepada si pelaku. Kajian yang telah dilakukan menunjukkan dengan senyum, akan menambahkan hormone anti-depressi ‘serotonin’ yang akan membuatkan orang yang banyak senyum lebih bahagia.

Dengan mengamalkan senyum yang diajar Nabi, kehidupan kita dan orang sekeliling akan lebih tenang dan ceria kerana senyuman mempunyai kuasa luar biasa dalam menterjemahkan hati yang bersih.

  1. Menggunakan ‘Siwak’

“Dari Abu Hurairah, Nabi bersabda ; Kalau tidak menjadi keberatan untuk ummatku, nescaya aku akan menyuruh untuk mereka bersiwak setiap kali sebelum solat fardhu.” – Tirmidhi

Hadis ini menunjukkan satu gesaan terhadap menjaga kebersihan (mulut) setiap kali sebelum solat. Bahkan dengan bersiwak juga menghindarkan kita dari masalah dan penyakit berkaitan dengan kebersihan mulut.

  1. Meminyakkan (merapikan) rambut

Daripada Abu Hurairah “Barangsiapa memiliki rambut, hendaklah ia memuliakannya.” – Abu Dawud

Yang dimaksudkan dengan memuliakan rambut adalah dengan menyikatnya,membersihkan dan meminyakkan agar kelihatan kemas dan rapi. Begitulah Islam mengajar kita. Sehingga urusan rambut pun diajarkan bagaimana menguruskannya.

  1. Disiplin dengan diet pemakanan

Ramai orang mengambil mudah urusan pemakanan. Mereka menyangka tiada hubungan langsung cara pemakanan dengan produktiviti kehidupan harian. Nabi sendiri telah mengajar kita makan untuk sekadarnya sahaja. Tidak terlalu banyak dan tidak pula terlalu sedikit.

“Tidaklah sekali-sekali manusia memenuhi sebuah wadah pun yang lebih berbahaya dari perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap makanan untuk menegakkan tubuhnya. Jika ia harus mengisinya (perut), maka sepertiga  untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minumannya, dan sepertiga lagi untuk nafasnya (udara)”- Tirmidhi

  1. Berkata baik ataupun diam

Mulut adalah satu anugerah berharga yang dikurniakan Allah. Malangnya ramai antara kita yang tidak menggunakan nikmat ini sebaiknya. Bahkan dikufuri pula nikmat ini dengan membuat dosa mengumpat , mencaci dan menghina.

Ada juga yang suka membuang masa dengan mengatakan atau berbual perkara yang langsung tidak berfaedah sehingga berjam-jam lamanya. Dalam hal ini Nabi mengajarkan kita untuk berkata baik atau diam bagi mengelakkan dari berbuat dosa ataupun perkara sia-sia.

“ Barangsiapa yang mencintai Allah dan RasulNya, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”- Muslim

  1. Menziarahi orang yang sakit

Antara konsep atau asas utama dalam ajaran Nabi sepanjang hidup baginda adalah menjaga atau mengambil berat tentang orang di sekeliling kita. Malang sekali kita sering terlepas pandang akan perihal ini. Tidak ambil tahu tentang jiran dan keluarga kerana risau dikatakan ‘busybody’.

Sebenarnya dengan menziarahi orang sakit kita akan memperoleh dua manfaat besar. Pertamanya ia akan menzahirkan rasa cinta kita kepada orang yang sedang kita ziarah. Kedua, menziarahi orang sakit juga akan menjadikan kita insaf dan muhasabah akan nikmat kesihatan yang tidak kita syukuri.

  1. Duduk ketika makan dan minum

Dari Anas radhiyallahu’anhu, beliau mengatakan bahwa Nabishalallahu’alahi wasallam melarang sambil minum berdiri. Qatadah berkata : “Kami bertanya : ‘Bagaimana  dengan makan (sambil berdiri) ?”. Beliau menjawab : “Hal itu lebih buruk  atau menjijikkan.

  1. Membaca Bismillah atau memberi Salam sebelum masuk rumah

“Apabila seseorang dari kamu masuk ke dalam rumahnya, lalu menyebut nama Allah ketika memasukinya dan ketika hendak makan, berkata syaitan: Tiada tempat bermalam dan tiada makan malam untuk kamu semua (para syaitan). Dan apabila seseorang masuk ke dalam rumahnya tidak menyebut nama Allah ketika memasukinya, maka berkata syaitan: Kamu semua (para syaitan) telah mendapat tempat bermalam. Jika dia tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan, berkata pula syaitan: Kamu semua telah mendapati tempat bermalan dan makan malam.” – Muslim

Tiada siapa yang mahu syaitan mendiami rumah mereka. Oleh itu marilah kita amalkan sunnah yang   sangat mudah ini supaya rumah kita tidak dimasuki oleh syaitan.

Senarai ini adalah antara contoh sunnah Nabi Muhammad yang mudah dan sangat praktikal dalam kehidupan seharian kita. Marilah kita sama-sama berusaha untuk mengamalkan sunnah-sunnah ini supaya kehidupan kita lebih efektif dan kita dijamin tempat bersama Rasulullah di Akhirat nanti

(Sumber: QuranicGen.com)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan