Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

9 rela simen kaki

9:05am 15/04/2016 Pak Roshan 2405 views Global
ANTARA sembilan wanita yang menyimen kaki mereka di depan Istana Presiden di Jakarta, kelmarin.

ANTARA sembilan wanita yang menyimen kaki mereka di depan Istana Presiden di Jakarta, kelmarin.

Jakarta: Sembilan penunjuk perasaan wanita dari Gunung Kendeng di daerah Rembang, Jawa Tengah, menyimen kaki mereka dengan tujuan, bukan sahaja untuk membantah pembinaan kilang simen di tempat mereka, tetapi juga untuk mengingatkan generasi muda supaya menghormati alam semula jadi.

Mereka menunjuk perasaan di depan Istana Presiden kelmarin, selepas mula berbuat demikian Selasa lalu. Mereka mendesak supaya dibenarkan bertemu dengan Presiden Joko Widodo (Jokowi) untuk menyuarakan kekecewaan penduduk Kendeng terhadap pembinaan kilang simen oleh syarikat milik negara, PT Semen Indonesia.

Penduduk di kawasan itu berkata, pembinaan kilang berkenaan menjejaskan alam sekitar dan mengancam kehidupan mereka sebagai petani.

“Kami mahu memberikan mesej kepada generasi muda bahawa alam semula jadi bukan sahaja sumber kemewahan, tetapi juga perlu dikekalkan,” kata Sukinah, antara wanita yang menyimen kaki mereka.

Sembilan wanita itu yang digelar ‘Kartini Kendeng’ menyimen kaki mereka sejak Selasa lalu dan memerlukan bantuan orang sekeliling untuk bergerak. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan